CERPEN:DI BALIK AWAN KU MELIHAT.
"Tuk tuk tuk"bunyi pintu di ketuk sseorang.
"Masuk"trdgr suara dr dlm.
Kelihatan seorang wanita mmbuka pintu dgn sopan,sungguh ayu,itu lah Farrah,wanita kampung dtg di pejabat ini utk temuduga sebagai kerani di syarikat itu.
"Sila duduk....awak Farrah nyer?"tanya en.Sulaiman,pegawai exekutif kanan di syarikat trsebut.
"Ya..saya Farrah"jawab Farrah dgn lembut,trukir senyum di bibir nya,boleh cair si lelaki jika iman tak kuat,
tpi en.Sulaiman anggap Farrah sbagai anak sbb dia brumur 50 an.
"Ada bawa dokemen apa2 yg brkaitan?"
" Ada pngalaman sebagai kerani sebelum ini?"tanya en.Sulaiman sambil mnyambut fail yg di hulur oleh Farrah.
"Saya belum pernah kerja kerani,tapi saya pernah mngambil kursus sbagai kerani di sebuah institut swasta"terang Farrah dgn jujur.
"Oooo...baik lah"balas en.Sulaiman sambil mmbelek belek fail tadi.
Selama lebih kurang 45 minit sesi temudaga itu berjalan,brmacam macam soalan di tanya dan di jawab,
akhir nya ia pun brakhir.
"Terima kasih en.Sulaiman,kerana terima saya bekerja di sini,insya allah saya akan berikan yg trbaik"terang Farrah dgn ceria kerana dia telah di terima bekerja,dgn gaji $900 sbulan,cukup lah Farrah sbb dia pun belajar setakat form 5 saja.
Sewaktu Farrah mmbuka pintu utk keluar dr bilik itu,tiba tiba....
"Aduh.."bunyi suara Farrah mngaduh sakit kerana dia telah di langgar oleh seorang lelaki,Irwan...nama lelaki itu,kerja sebagai despetch.
"Irwan...kenapa kau ni?"
"Dah ler selalu dtg lewat kerja...pastu buat kecuh pulak"jerit en.Sulaiman tadi.
"Maaf cik"
"Alaaa en.Sulaiman...bkn selalu"jawab Irwan kpd en.Sulaiman sambil mata nya mnjeling pd Farrah, gadis yg dia langgar tadi.
"Awak cedera?"tanya Irwan lagi kpd Farrah.
"Tak2..saya ok"
"Tak apa tak apa...sikit jer"jawab Farrah sambil mngumpul dokumen yg trjatuh tadi dan kemudian beredar dr situ.
Berdiri lah Irwan di situ sambil mata nya mmandang Farrah berlalu,di hati nya brmcm mcm soalan timbul kini,siapa kah perempuan itu? kenapa dia ada sini dan ada kah sudah berpunya kerana dia rasa ada kelainan dlm diri dia kini,tapi Irwan diam kan saja dulu.
" Assalamualaikum mak..mak"Farrah mmanggil manggil mak nya,di wajah nya tersenyum kepuasan kerana gembira dia telah mendapat kerja.
"Ada apa Farrah?..senyum semacam jer ni"tanya Kak Nab,mak kepada Farrah,di tangan nya ada senduk kerana dia tengah memasak di dapur,
bau harum serumah dgn bau asam pedas,makanan kegemaran Farrah
"Mak...Farrah dah dapat kerja....kerja sebagai kerani"
" Gaji $900...ni baru permulaa...nnti dah comfirm...naik lagi"terang Farrah kepada mak nya.
"Nina mana mak?...tidur ke?"
"Aar aar...Nina tidur"balas Kak Nab kepada Farrah,anak nya itu.
Sebenar nya,Farrah adalah seorang janda beranak satu.Nina itu ada lah anak nya,masih bayi lagi baru berumur
7 bulan.Farrah boleh di kata kan baru saja menjanda dan bekas suami adalah seorang kontraktor,Rosli ,itu lah nama bekas suaminya.
Farrah kahwin dengan Rosli kerana ikut kata arwah ayah nya,dia tak kenal pun dengan Rosli tapi arwah ayah nya dengan ayah Rosli ada lah kawan lama.
Seperti yang di janji kan,ini lah hari pertama Farrah mula kerja di syarikat baru itu.
Dia berpakaian seperti biasa,berbaju kurung dan bertudung tapi dia tetap ayu,ramai juga lelaki2 ingin mngurat nya sebelum ini,namun dia tak endah kan kerana inginenumpu kan kepada anak nya yang masih kecil.
"Assalamualaikum...awak Farrah kan?"tanya Irwan bila dia lalu di sebelah meja Farrah yang sedang mendengar tunjuk ajar dari Milah selaku orang lama di situ.
"Irwan...boleh tak jangan kacau Farrah,dia masih baru di sini"
"Dia bukan orang macam kau..Irwan"
"Kau tu kaki enjoy...kaki rempit"
balas si Milah kepada Irwan dengan muka nya yang berkerut.
"Yer lah yer lah"celah Irwan sambil berlalu pergi,tapi sempat juga dia menjeling pada Farrah dan Farrah tunduk malu bila mata mereka bertentangan seketika.
Semua dalam ofis tu anggap Irwan
kaki rempit dan juga kaki perempuan,hidup nya enjoy saja,tapi sebenar nya diorang tak tahu,Irwan sebenar nya seorang yang baik,tak pernah hisap barang terlarang atau pun sentuh perempuan.
Milah sebenar nya ada hati dengan Irwan,tapi Irwan tak layan,sebab itu lah Milah rasa dengki bila Irwan tegur Farrah.
"Farrah jangan kau layan si Irwan tu,dia tu ada tak betul sikit,hati hati lain kali"terang Milah kepada Farrah sambil tangan nya membuka fail untuk di tunjuk kan pada Farrah.
"Ya lah Milah,saya faham"jawab Farrah sambil menumpu kan perhatian pada fail di tangan Milah.
Jam sekarang tepat pukul 5 petang,tiba lah masa untuk pulang,Farrah pun bergegas keluar dari pejabat kerana ingin menunggu bas.
"Hai Farrah,boleh saya hantar"tiba tiba Irwan muncul dengan wajah yang hepy.
"Eh..Irwan, terima kasih"
"Saya naik bas saja,maaf yer"Farrah menolak pelawaan Irwan dengan sopan.
Kemuadian Farrah pun naik bas,jarak bus stand tak lah jauh sangat dari pejabat nya,cuma jarak rumah Farrah dengan pejabat boleh tahan juga jauh nya.
Dari jauh Irwan memandang Farrah dan dari dalam bus,Farrah pun memandang juga pada Irwann,dalam hati berdetik "mesti Irwan ni nak ambil kesempatan atas aku,mentang2 lah aku ni janda"itu lah perkara yang bermukim di hati Farrah.
Sudah tiga bulan Farrah kerja di sini,
dia kerja dengan tekun sekali,tak pernah ponteng kerja dan dia belajar dengan cepat.
Pihak atasan perhati Farrah kerja,mereka suka cara Farrah kerja,semenjak dia kerja,banyak perubahan yang telah berubah,lancar,cepat dan kurang komplen dari client.
"Farrah...masuk bilik saya sekejap"
kedengaran suara en.Sulaiman dalam telepon ofis tatkala telepon nya di angkat oleh Farrah.
"Baik lah en.Sulaiman"balas Farrah,terus dia pun pergi masuk bilik en.Sulaiman.
"Tahniah Farrah"
"Anda telah sah kan jawatan"
"Dan lagi satu,Farrah telah di naikkan pangkat kepada jawatan executif joniur"
"Gaji anda sekarang ni $1500"
terang en.Sulaiman lagi sambil menghulur kan sampul surat kenaikkan pangkat.
Farrah membaca surat itu,hampir tak percaya Farrah,tak putus2 dia memanjat kesyukuran kepada Allah.
"Terima kasih en.Sulaiman"
"Kerana en.Sulaiman percaya kepada saya dan memberi peluang kepada saya"terang Farrah lagi,tika itu lah air mata gembira mengalir di pipi nya.
bersambung....